GAZA: Angka korban daripada serangan pesawat dan meriam Israel yang menyasarkan dua rumah orang awam Palestin di Bandar Rafah pada Ahad meningkat kepada 19, termasuk 14 kanak-kanak.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa serangan pertama menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Joudeh di kawasan Kem Ashdod di tengah Rafah, membunuh empat orang terdiri daripada suami, isteri dan anak perempuan mereka.
Satu pembedahan caesarean dilakukan ke atas wanita Palestin yang mati dalam keadaan mengandung itu dan pasukan perubatan berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.
Sumber itu berkata serangan kedua menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Abdel-Al di timur Rafah membunuh 15 orang awam, iaitu 13 kanak-kanak dan dua wanita. Beberapa orang masih belum ditemukan dan pasukan penyelamat masih berusaha untuk mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.
Satu siri serangan dilancarkan menggunakan pesawat menyasarkan tanah pertanian di kawasan Khirbet Al-Adas, timur Rafah mencederakan tiga orang.
Pesawat Israel melancarkan serangan menyasarkan rumah warga Palestin di utara Kem Nuseirat , tengah Semenanjung Gaza.
Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan jumlah warga Palestin yang maut akibat serangan Israel sejak 7 Okt dan dilaporkan meningkat kepada 34,097 orang sementara 76,980 individu cedera. Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Kepulan asap dari tapak bedilan tentera Israel di Rafah, selatan Gaza. - Bernama
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Arm rancang hadir dengan cip AI menjelang 2025
Untuk sasaran awal, Arm ingin hadir dengan prototaip awal cip AI menjelang awal 2025, dan seterusnya memfokuskan penghasilan cip berkenaan melalui para pengeluar pada tahun sama.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Serangan ke atas Rafah diperhebat oleh tentera Israel
Terbaharu kereta kebal Israel dilihat menembak ke arah selatan bandar Rafah yang sesak pada Rabu.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).